ActivKo menghimpunkan laporan perjumpaan, kehadiran murid, program dan pencapaian dalam satu sistem. Guru log masuk dengan akaun DELIMa, dan setiap laporan disalin sebagai PDF ke Google Drive sekolah secara automatik.
ActivKo dibina oleh guru, untuk menyelesaikan kerja yang memakan masa setiap minggu.
✗ Sebelum
Laporan ditaip semula setiap minggu dalam Word, gambar disusun satu demi satu, kemudian dicetak dan difailkan.
✓ Dengan ActivKo: isi borang, laporan PDF siap dengan format seragam.
✗ Sebelum
Kehadiran murid ditulis di kertas dan dikira secara manual untuk rumusan unit dan markah PAJSK.
✓ Dengan ActivKo: tanda kehadiran, peratus dan lampiran dikira sendiri.
✗ Sebelum
Fail laporan bertaburan dalam telefon dan komputer guru yang berlainan, sukar dicari semasa pemantauan.
✓ Dengan ActivKo: semua laporan tersusun dalam Drive sekolah mengikut tahun dan unit.
Satu langganan untuk seluruh sekolah: pentadbir dan semua guru penasihat.
Borang berpandu langkah demi langkah dengan gambar, KMH, nilai sivik dan tandatangan. Cetak atau simpan sebagai PDF.
Tanda hadir dengan sekali sentuh. Ringkasan mengikut kelas dan senarai nama dilampirkan secara automatik.
Setiap laporan disalin sebagai PDF ke Drive sekolah, tersusun mengikut Tahun / Komponen / Unit.
Rekod pertandingan, jawatan dan aktiviti ekstra. Markah murid dan rumusan sekolah dikira sendiri.
Tiada kata laluan baharu. Pentadbir daftarkan ID DELIMa guru, guru terus log masuk dengan Google.
Tulis poin ringkas, AI menjana draf huraian aktiviti dan refleksi dalam Bahasa Melayu baku.
Data sekolah disandar ke Drive sekolah setiap Ahad, dan boleh dipulihkan bila-bila masa.
Logo, warna tema dan fon sekolah anda pada aplikasi dan semua laporan PDF.
Berjalan dalam pelayar. Tiada pemasangan, sesuai untuk guru yang mengisi laporan di padang.
Isi nama sekolah, kod sekolah dan ID DELIMa pentadbir dalam borang langganan.
Kami daftarkan sekolah anda. Pentadbir log masuk dan import senarai guru, murid dan unit daripada Excel.
Sambung Google Drive sekali, dan setiap laporan seterusnya disimpan ke Drive sekolah dengan sendirinya.
Tiada caj bagi setiap guru. Bayar sekali setahun.
Semua yang diperlukan untuk laporan kokurikulum.
Starter, ditambah AI dan borang kebenaran ibu bapa secara pukal.
| Ciri | Starter | Pro |
|---|---|---|
| Laporan perjumpaan, kehadiran & PDF | ✓ | ✓ |
| Program, jawatan & pencapaian murid | ✓ | ✓ |
| Auto-simpan ke Google Drive sekolah | ✓ | ✓ |
| Sandaran mingguan & pemulihan data | ✓ | ✓ |
| Akaun pentadbir & guru (DELIMa) | ✓ | ✓ |
| Bantuan AI huraian & refleksi | – | ✓ |
| Borang deklarasi & kebenaran ibu bapa secara pukal | – | ✓ |
| Harga setahun | ||
| Harga pembaharuan tahun berikutnya (pendaftar dalam tempoh promosi) | RM79 dikunci | RM99 dikunci |
Langganan untuk tempoh 12 bulan dari tarikh pengaktifan. Naik taraf ke Pro boleh dibuat bila-bila masa.
Sekolah yang mendaftar sebelum membayar harga promosi (Starter RM49, Pro RM69) untuk tahun pertama, dan mendapat harga pembaharuan istimewa yang dikunci: Starter RM79 dan Pro RM99 setahun, berbanding harga biasa RM129 dan RM159.
Tidak. Harga RM49 atau RM69 ialah untuk satu sekolah setahun, termasuk akaun pentadbir dan semua guru penasihat sekolah itu.
Tidak. Guru log masuk menggunakan akaun DELIMa (Google) sedia ada. Pentadbir sekolah hanya perlu mendaftarkan ID DELIMa guru dalam ActivKo.
Dalam Google Drive akaun sekolah yang disambungkan oleh pentadbir, dalam folder "ActivKo - Laporan Perjumpaan" yang disusun mengikut tahun, komponen dan unit. Fail itu milik sekolah sepenuhnya.
Akses ke sistem digantung, tetapi PDF laporan dan fail sandaran data dalam Google Drive sekolah kekal milik sekolah. Bila langganan diperbaharui, semua data dalam ActivKo tersedia semula.
Tidak. AI dalam pakej Pro hanya menjana draf huraian dan refleksi berdasarkan tajuk dan poin guru. Guru menyemak dan membetulkan draf itu sebelum menyimpan laporan. Nama murid tidak dihantar kepada AI.
Boleh, bila-bila masa. Hubungi kami dan bayar perbezaan harga untuk baki tempoh langganan.
Selepas borang langganan dihantar, kami akan menghubungi pentadbir sekolah dengan butiran bayaran dan resit untuk rekod sekolah.
Daftar sekolah anda hari ini. Akaun diaktifkan dan pentadbir boleh mula mengimport data guru dan murid.